Tuesday 26 April 2011

"izinkan abang nikah satu lagi...boleh?"

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

BY:
ILUVISLAM.COM

Wednesday 20 April 2011

KaSihKu AbaDi




...istajibillahumma dua' ana...

Kamar hatiku
Sekian lama
Suram dan sepi...kekosongan..
aku mencari 
Insan sejati tuk menemani hidupku..
Adam dan hawa diciptakannya..
Disemai rasa kasih sayang..
Agar bersemi ketenangan..
Dan kedamaian di hati..
Ku harap hanya keikhlasan..
Dan ku rindukan keramahan..
Aku inginkan kemesraan..
Berkekalan..
Berpanjangan..
Mengasihimu...Dikasihi...
Menyayangimu...Disayangi...
Merindui dan Dirindui...
Saling mengerti di hati...
Biar hilang kabus di wajahku...
Biar tenang resah didadaku...
Terimalah......serta kabulkan harapan ini...
Oh Tuhan..
Ku melafazkan kata penuh makna..
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah...
Hidup Mati Jodoh Pertemuan...
Ditentu Allah yang Esa...
Perkenankan hasrat dihatiku....

Moga impian kan dirahmati...
dipertemukan serikandi...
susah dan senang..
sama harungi...
demi cinta yang hakiki....








Sunday 17 April 2011

Dari Kubur Hingga Dihimpun

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah...alhamdulillah kerana masih diberi nafas oleh Allah hari ini, untuk kite menjalankan aktiviti harian kita di samping memperbaiki diri ke arah kebaikan...memperbanyakkan amalan kebaikan untuk bekalan di akhirat kelak...di sini ana ingin berkongsi pengetahuan tentang ilmu agama yang mana ana kutip sedikit sebanyak dari apa yang ana baca dan dari apa yang ana pelajari.Seperti yang kita semua sedia maklum,hidupnya kita,matinya kita adalah datangnya dari satu pencipta..dan kita hidup berlandaskan apa yng telah diajarkan kepada kita.Hidup tidak akan teratur jika tiada peraturan,begitulah islam.Islam datang ketika zaman jahiliah,dimana orang-orang jahiliah membenci kaum wanita dan tidak menyukainya,berlakunya penindasan,amalan riba dan yang paling menyedihkan kita anak-anak perempuan ditanam hidup2 kerana dikatakan mereka  ini membawa malang...( nauzubillah.... ) ermm..cube kita perhatikan pada zaman kita sekarang dan zaman jahiliah dahulu...tentu sahabat2 fikir tak ader bnyak bezanya kan..?? kita di akhir zaman sahabat2.. dunia dah semakin uzur untuk menampung umat manusia + makhluk2 Allah yang lain.. mungkin esok atau lusa..tiba2 shj Allah menghendakkan kiamat berlaku..aper yang kita akan lakukan?? lari?? mahu lari kemana?? tiada tempat berlindung sahabat2... hanya Allah Yang Maha Melindungi... dan cube bayangkan apakah sempat kita bertaubat ketika itu?? kalaupun sempat apakah Allah terima taubat kita ketika itu?? renung2kanlah sahabat2ku sekalian.. selagi kita masih bernafas,selagi kudrat kita masih kuat...selagi kita tak sakit dan selagi kita masih mempunyai masa... muhasabahlah diri.Allah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani...Ermm,disini ada sedikit ilmu yang ingin ana sampaikan kepada sahabat2 yang sudi membaca blog ana ini..

  Rasulullah SAW bersabda : 
"Bagaimana aku merasa nikmat jika tanduk sangka kala itu telah berada di mulut israfil.Dia mengerutkan keningnya dan menutup telinga,menanti perintah,lalu dia meniup."

  Baginda bersabda lagi : 
"Manakala sekali dia meniup sangkakala itu,matilah seluruh makhluk langit dan bumi,kecuali yang dikehendaki Allah. Iaitu Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail. Kemudian Allah memerintahkan Izrail agar mencabut nyawa Jibril,kemudian nyawa Mikail,nyawa Israfil dan akhirnya nyawa Izrail sendiri. Setelah tiupan pertama itu,semua mati dan di alam barzakh selama 40 tahun. Kemudian,Allah menghidupkan Israfil kembali. Dia diperintahkan meniup tiupan kedua."

inilah yang dimaksudkan firman Allah SWT : 
            "....Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka berdiri (bangkitlah dari dalam kuburnya) sambil menanti (hukuman Allah)."

Dan Rasulullah SAW bersabda :
            "Ketika dibangkitkan,datangah Israfil kembali membenarkan tanduk sangka kala kemulutnya.Sebelah kakinya melangkah ke depan dan sebelah lagi ke kiri,menantikan  perintah meniup.Takutlah akan tiupan itu, Fikirkanlah wahai manusia,betapa kehinaan dan kepedihannya ketika dibangkitkan,kerana takut akan tiupan itu,serta menantikan keputusan apa yang akan mereka terima itu,bahagia atau celaka dan kau adalah antara mereka, juga akan merasa sedih dan bingung sebagaimana kesedihan serta kebingungan mereka.Bahkan jika di dunia kau suka berbuat dosa atau kaya namun bakhil,maka raja-raja dunia di hari itu adalah orang yang paling hina,kakinya melngkh longlai dan ketika itu pula berdepan dengan binatang liar dimana gunung akan hancur dan tidak boleh menghindar dari itu semua."

Demikianlah firman Allah :
              "Dan apabila binatang-binatang liar telah dihimpunkan."
                                                                                        (Q.S. At Takwir :5)

Kemudian mereka berjumpa pula dengan syaitan-syaitan dan orang-orang murtad dalam ketakutan kerana haibah Allah dan membenarkan firman-Nya :
              "Demi Tuhanmu,sesungguhnya Kami akan menghimpunkan mereka bersama-sama syaitan,kemudian kami hadirkan mereka di keliling Neraka dengan berlutut."
                                                                                        (Q.S. Maryam : 68)

Cuba bayangkan,bagaimana keadaanmu dan keadaan hatimu ketika itu? Cuba renungkan apabila telah dibangkitkan mereka dibawa ke tempat perhimpunan dengan gondol dan telanjang. Tempat perhimpunan itu adalah bumi yang putih datar dan tidak ada jurang atau bukit tempat manusia bersembunyi. Maha Suci Zat yang mengumpulkan semua manusia dengan barisan yang berbeza dari segala penjuru bumi. Tentu saja ketika itu hati berdebar ketakutan dan mata bermuram sahaja.

Alah S.W.T berfirman :
            "Pada hari (kiamat) ditukar bumi dengan bumi yang lain,begitupun langit..."
                                                                                        ( Q.S. Ibrahim : 48)

Ibnu Abas mengatakan,di situ segala pohon,gunung dan apa saja yang ada di situ dan ditambahkan bumi yang putih bagai emas. Tidak ada darah di situ dan tidak pernah pula kesalahan dilakukan di situ.Adapun langitnya,tidak ada matahari,bulan dan bintang.Renungkanlah wahai manusia,betapa kedahsyatan hari itu.Sungguh jika manusia telah berkumpul,bintng-bintang di langit berguguran,matahari dan bulan terbenam,dan bumi gelap kehilangan lampunya.Di saat demikian langit berputar di tas kepala mereka dan pecah dengan dasyatnya selama 500 tahun.Wahai betapa mengerikan suara pecahnya langit itu di telingamu,kemudian langit mencair dn mengalir bagai bubur baja cambur kuningan,lalu seperti kuah dan akhirnya jadi nanah dan gunung-gunung bagai bulu yang digubar (diputar) dan manusia bgaikan kupu-kupu bertebaran.

Rasulullah SAW bersabda : 
            "Manusia dibangkitkan telanjang tidak bersunat dan tenggelam dalam air keringat sampai ke telinganya."

Berkata Saudah,isteri Nabi SAW, "Aku bertanya : Apakah sebahagian kita melihat akan kemaluan masing-masing yang lain?? "Rasulullah menjawab,"Manusia sibuk akan hal masing-masing."

"Bagi tiap-tiap orang di antara mereka pda hari itu,ada urusan yang mencukupinya."
                                                                                                           (Q.S. Abasa : 37)

Begitulah sahabat2 ana sekalian,betapa dasyatnya kiamat itu dan betapa besarnya kuasa Allah SWT mengatur dan mencipta segala2nya....kita semua akan menghadapinya. cume bila dan dimana kita ketika itu kita xthu..aper yg pasti kiamat sedang menghampiri dan apa yang perlu kita buat adalah ubah diri kita,perbanyakkan amalan untuk bekalan di hari perhimpunan nanti.Pesan ana buat sahabat2 ana dan diri ana sendiri,perbaikilah diri...ke arah keredhaan Allah SWT.InsyaALLAH... syurga tempat kita kelak,syafaat dari Rasulullah milik kita....ameen..ameen..ameen ya Rabb!!...


Saturday 16 April 2011

Tolong Ingatkan si dia....


Tolong beritahu si dia aku ad pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah CintaNYA...
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia,dahulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya....

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angannya...
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa.....
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya...

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta...
Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia.Aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia.Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia,Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya... 
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.....

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana dia...
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan
dengan sopan santunnya dan bertemu dengan mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.....

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu...



Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaum ku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Di sebalik KELEMBUTANnya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu perkara…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…